Tuesday, February 23, 2010

PeRuTuSaN NaIB CaNSeLoR USM......

PERUTUSAN NAIB CANSELOR
TEMPAT : DI DEWAN BUDAYA
MASA : 9 PAGI
TARIKH : 10 FEBRUARI 2010

Pada 10 Februari 2010, bertempat diDewan Budaya,USM, yang dipertua Naib Canselor Universiti Sains Malaysia,Prof.Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak telah berucap dalam majlis perutusan Naib Canselor yang berkaitan dengan 7 teras APEX yang diamalkan oleh Universiti Sains Malaysia.
Pada siri perutusan Naib Canselor siri 2010 yang bertajuk Universiti Apex: Memperkukuhkan asas di dewan budaya menekankan tentang tanggungjawab warga USM dalam mencapai kecemerlangan APEX menjelang 2013.
Bagi merealisasikan hasrat tersebut, beliau menggesa seluruh warga kampus bertindak umpama 'singa' iaitu dengan berani, cepat, tangkas, maju dan laju dalam pendakian ke puncak program kemajuan untuk kecemerlangan(APEX).Dalam tempoh tiga tahun lagi,anjakan paradigma perlu dilakukan bagi melakukan transformasi seperti yang telah dipertanggungjawabkan.Dengan berlakunya anjakan paradigma ini.asas apex dapat diperkukuhkan sekaligus dapat mengubah status quo walaupun banyak risiko serta cabaran untuk berubah.Jika tiada perubahan dilakukan ia akan mengundang kepada permasalahan yang dikenali sebagai 'Paradigm Paralysis'.
Selain itu,dalam perutusan ini juga ditegaskan bahawa USM tidak boleh bergantung dengan pihak lain bagi memastikan agenda yang dilaksanakan mengikut landasan malahan adakalanya USM bersendirian memikul tanggungjawab tersebut.
Seterusnya,USM perlu berfikiran lebih liberal dan matang serta menjadikan kesalahan yang dilakukan dahulu sebagai 'batu loncatan' untuk mencapai kejayaan seterusnya bergelar Universiti APEX.
Dalam perutusan ini juga,Naib Canselor telah mengalu-alukan perlantikan warga USM diperingkat negeri dan kebangsaan.Selaras dengan moto 'kami memimpin'.Kejayaan mereka inilah menghidupkan lagi moto tersebut.

0 comments:

Post a Comment