Tuesday, February 23, 2010

wHeRe aRE We GoInG???????????


Adakah prinsip yang sama ditekankan oleh Peter Joseph dan Universiti APEX.Didalam video peter joseph,terdapat beberapa point yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita.Bagaimana bumi dan isi alamnya berfungsi dan saling bergantungan antara satu sama lain pada masa hadapan.Peter Joseph juga menekankan bagaimana hala tuju kehidupan manusia pada masa hadapan dan adakah bumi akan menjadi lebih baik atau sebaliknya???????
Jika pelbagai langkah yang telah diambil untuk mempertahankan bumi ini,adakah langkah yang diambil itu adalah baik dan selamat untuk semua orang?Antara point penting yang dapat diambil didalam video tersebut ialah :

1.Culture lag
2.Monetary finance
3.Production
4.Global Survey
5.Ineffective conventions
6.Industry and goverment
7.lifestyle and cities
8.The Venus Project
9.Fear and projection

Seperti yang kita sedia maklum, sememangnya teknologi yang semakin berkembang hari demi hari telah memodenkan fikiran manusia.Hal ini menyebabkan kecanggihan teknologi terkini telah membuka minda masyarakat untuk memodenkan dunie ini tanpa memikirkan kesannya pada masa hadapan.Sememangnya,perkembangan dunia hari ini adalah sangat baik dan dapat memberi kesenangan kepada manusia, tetapi kita juga perlu ketahui,kesan buruk yang menimpa bumi jika kehidupan seperti ini terus di amalkan.Oleh itu,sebelum sesuatu perkara yang hendak dilakukan, kita harus memikirkan kesan positif dan negatif yang akan bakal berlaku.Perkara yang dilakukan sememangnya memberi kesejahteraan kepada manusia,tetapi tidak dinafikan ada juga bakal pemusnah alam akan berlaku.

Jika dilihat daripada 7 teras apex yang akan diamalkan.adakah ini akan memberi kesan yang sangat besar kepada alam sekitar???
Berpandukan 7 teras APEX :
1. Meneroka masa depan
2. Pengorbanan
3. Kelestarian
4. Kesejagatan
5. Mencari kelainan
6. Perubahan
7. Kemanusiaan

7 teras APEX yang ditekankan ini akan memberi kesan yang sangat besar kepada manusia dan alam sekitar.Oleh itu,kita haruslah menguruskannya dengan sebaik mungkin agar tidak ada kesan buruk yang akan berlaku pada masa hadapan.Sebagai contoh, pada masa kini satu-satunya universiti yang mengamalkan kelestarian adalah USM.Selari dengan perutusan naib canselor , pelbagai usaha yang akan dilakukan untuk mengekalkan kelestarian ini bagi memulihkan keadaan alam sekitar.Antaranya :
1.Pengharaman penggunaan polisterin.
2.Pengharaman penggunaan plastik(say no to plastic)
3.Tapau mania....

Pada masa kini,selaras dengan bidang yang saya pelajari sekarang iaitu di dalam bidang teknologi bangunan. Aspek kelestarian amatlah perlu dititikberatkan.hal ini adalah kerana bagi memjamin kestabilan antara bumi dan isi alamnya.Dengan demikian,penggabungan alam dengan bangunan amatlah perlu diambil perhatian.oleh itu,jika sesuatu teknologi yang dijalankan dan dilakukan di atas muka bumi ini,kelestarian haruslah diambil kira bagi memastikan tiada perkara buruk yang akan berlaku pada masa hadapan.

0 comments:

Post a Comment